Tuesday, March 9, 2010

Kalau sudah lama tidak bersembang dengan kawan, soalan awal yang aku kira gelojoh adalah tentang jodoh...

Kalau fikir sudah lama tidak berhubungan dengan kawan-kawan, jadi soalan pertama yang kau ajukan adalah terus tentang status peribadi orang itu, kau rasa wajarkah?

Adalah sangat tidak kool, ok?

Mengenang kembali sembang di facebook bersama seorang teman sekelas yang sudah bertahun tidak bersua, memang aku kesan ada rasa tidak best yang wujud dalam sudut hati sanubari aku yang paling jauh. Aku tidak kesah laa kalau nak tanya khabar, tapi tengoklah keadaan dan kesesuaiannya.

Macam, kau bagi je salam. Apa khabar sekadar basa basi dan teross.." kau dah ada boyfriend?"

.......

Aku diam. Tidak terus menjawab. Tapi boleh rasa ada sedikit berdesing dalam hati. Macam rasa baju aku kene selak je. Sangat tidak best.

Kenapa aku rasa berdesing? Sebab perkara asasnya adalah aku paling tidak berminat untuk terus shoot bertanyakan soal peribadi orang lain. Malahan tidak terfikir pon. Baik yang selalu berhuha kah, yang sepejabatkah, yang serumahkah apa lagi yang lama tak jumpa. Aku paling letak soal peribadi itu atas hirarki paling utama dan teratas dan tidak perlulah nak cepat-cepat rushing mau ke puncak soalan.

Macam dah tak ada benda lainkah boleh ditanya?

Atau itu sahaja yang kau mahu tahu?

Habis bila tahu, apa kau mahu buat? Bandingkan pula dengan kehidupan kamu?

Tahniahlah kawan kamu sudah punya kehidupan yang menjamin, dan membahagiakan. Aku kira. Cukuplah untuk kamu. Dan cukuplah untuk aku mengetahui yang kamu sedang melalui fasa selesa dalam hidup.

Akan tetapi aku rasa tidak perlulah untuk cepat-cepat mau buat perbandingan, apa kurangnya aku apa lebihnya kamu, kan?

Bukannya aku rasa ralat pon nak menjawab soalan sebegitu, sebab rasa malu bahawasanya aku tiada teman jiwa sekarang walhal usia sudah di pinggir pagar 30. Cuma aku rasa terganggu dengan cara soalan itu diajukan. Macam Odah laa sangat. Heh!

Sebab aku dah boleh jangka tau soalan sebegitu bukan setakat soalan sebaris saja. Ia adalah chain-question. Seperti contohnya:

" kau dah ada boyfriend?"
a) kalau ada- "handsome ke, orang mana, keja mana, keja apa,"
b) kalau takda- "tipulah,kau saja taknak cakap kan?"

kalau ada, selepas soal-siasat fasa 1 akan ada pula susulan begini:
a) bila nak kawin?

kalau berkeras jugak cakap "tak ada"- ia akan membawa kepada rumusan ini:
a) kau nih memilih sangatlah, jual mahal!
b) kau tunggu apa lagi, dah tua la
c) rugi kalau kawin lambat nih!

dan macam-macam lagilah. Which is aku tidak berminat mau layan.

Padahal aku tidak pernah pon berminat nak ambil tau suami kau keja apa, berapa dia tanggung kau, anak kau comel ke tidak, kau beranak setahun sekali ke apa memang aku tidak pernah berminat. Dah jodoh pertemuan kau awal daripada aku, kenapa kau nak membising kepada aku ha?

Yea jodoh.

Ini satu lagi yang buat aku pelik. Orang nih terlupa kot ini semua ketentuan Tuhan, kenapalah nak dipersoalkan lagi macam-macam? Tergamaklah nak menyoal bila nak kawin ke as if kau soal directly pada Tuhan ok? Kalau aku memang confirm dapat jawapan hitam putih dari Dia memang aku jawablah "malam esok" tapi bendanya aku sendiri pon tidak tau dan tidak kecoh-kecoh mau menggelupur bertanya Dia.

Tapi kedengaran kejikah kalau aku menjawab soalan sebegitu dengan soalan juga? contohnya

" kau tau tak bila ajal kau?"

No comments:

Post a Comment